Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menyuarakan pandangan peribadinya yang mahu kerajaan negeri menambah baik perkhidmatan kesihatan.

"Lebih baik bina hospital di Pasir Gudang yang ditunda dan meningkatkan peruntukan untuk hal ehwal kesihatan di negeri ini.

"Semua hospital di Johor Bharu termasuk di daerah-daerah memerlukan lebih banyak katil dan peralatan perubatan.

"Ini hanya pendapat saya sahaja," ciapnya di laman Twitter miliknya.

Baginda tidak menyebut tentang projek pembinaan jambatan bengkok yang bakal menghubungkan Johor dengan Singapura.

Bagaimanapun sebelum baginda ditanya di Twitter berhubung jambatan berkenaan.