Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K’jaan kaji alternatif tiada kenaikan tol selama 3 tahun

Kerajaan sedang mengkaji alternatif terbaik bagi mengurangkan beban rakyat berhubung isu tol, selepas pemansuhannya ditangguhkan. Ini termasuk pemberian diskaun bagi penggunaan di luar waktu puncak luar dan tidak mendaki kadar untuk beberapa tahun akan datang.

"Kami sedang mencari alternatif, seperti merendahkan kadar bayaran tol, mewujudkan kadar sama rata dan memberi diskaun sebanyak 25 peratus atau beberapa peratusan lain tertentu pada waktu bukan puncak.

“Mungkin juga kita tidak akan naikkan harga tol untuk dua atau tiga tahun tertentu,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata perkara itu masih dalam perbincangan buat masa sekarang dan menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menghapuskan tol sehingga kewangan negara benar-benar stabil.

Baru menjawab soalan tambahan Muslimin Yahaya (HARAPAN-Sungai Besar) yang ingin tahu langkah kerajaan untuk pastikan tol dihapuskan sebagaimana janji Pakatan Harapan di dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14.

Baru juga sekali lagi menegaskan bahawa secara dasarnya kerajaan telah memutuskan bahawa tol tidak akan dihapuskan sehingga keadaan kewangan negara distabilkan ke peringkat ‘sihat’.

Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) kemudian mencelah dengan soalan tambahan sama ada rakyat "boleh berhenti bermimpi" untuk melihat lebuh raya tanpa tol.

Namun, menteri PKR itu sekadar menjawab “Mengenai soalan dibangkitkan adakah rakyat ini bermimpi untuk melihat lebuh raya tanpa tol, itu terpulang...”

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS