Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jambatan: DAP Johor nafi tak sependapat dengan Dr M

DAP Johor menafikan dakwaan bahawa mereka tidak sependapat dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung cadangan pembinaan jambatan bengkok.

Pengerusinya, Liew Chin Tong berkata, cadangan pembinaan jambatan bengkok itu masih lagi diperingkat cadangan belum ada sebarang keputusan berhubung perkara itu.

“Tak adalah (tak sependapat dengan Dr Mahathir), cadangan itu belum ada keputusan.

"Ini (jambatan bengkok) masih di peringkat cadangan dan untuk demokrasi, adalah baik untuk kita bincangkan cadangan-cadangan dan ambil keputusan berdasarkan keputusan syor daripada perbincangan," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan itu turut berkata kerajaan perlu menjalankan kajian keperluan jambatan ketiga bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Semalam Liew berkata, DAP Johor menyambut baik sekiranya jambatan ketiga dibina, untuk menghubungkan negeri di selatan Semenanjung ke Singapura.

Katanya, langkah itu lebih penting daripada menggantikan Tambak Johor dengan projek 'jambatan bengkok'.

Lihat Komen
ADS