Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Janji Bung tak ulang F... jadikan pengajaran - Menteri

PARLIMEN | Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong berkata, permohonan maaf terbuka oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dalam sesi persidangan Dewan Rakyat hari ini perlu dijadikan pengajaran kepada ahli-ahli parlimen lain.

Katanya, tindakan Bung Moktar sebagai langkah untuk menjadikan parlimen sebagai institusi yang bertaraf dunia dan ahli-ahlinya bersikap profesional.

"Ya, sememangnya tujuan kita nak pastikan ahli-ahli parlimen mengikut peraturan dan tunjuk prestasi yang baik dan berhemah kepada rakyat.

"Rakyat jadi hakim kepada prestasi mereka kerana rakyat melihat kelakuan mereka di parlimen," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Liew berkata demikian mengulas permohonan maaf terbuka Bung Moktar di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, jaminan untuk tidak mengulangi perbuatan itu mampu memastikan parlimen menuju kelas dunia dengan mempamerkan sikap profesional.

Kesal dengan ungkapan itu

Pagi tadi, Dewan Rakyat membahaskan usul untuk merujuk Bung Moktar kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan Rakyat.

Usul itu yang dibawa dari sesi parlimen lepas bertujuan untuk mencela Bung Moktar kerana menghina Dewan dengan menggunakan perkataan "F..." terhadap rakan-rakan anggota parlimen ketika membahaskan Rang Undang-undang Cukai Jualan pada 7 Ogos.

Beliau turut berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang melanggar peraturan mesyuarat itu pada masa akan datang.

"Saya amat kesal dengan ungkapan itu dan sesungguhnya saya dengan suci hati memohon maaf kepada Yang Dipertua dan dewan yang mulia terutama kepada ahli parlimen wanita.

"Saya beri jaminan perkara ini takkan berulang lagi dan dengan rendah diri berharap permohonan saya diterima," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Lihat Komen
ADS