Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pertikai 'YDP PIBG bujang' alasan dangkal - Puteri Umno

Puteri Umno Kelantan menyifatkan alasan umur dan status tidak menggambarkan keadaan sebenar dalam isu dihadapi Ketua Puteri Umno Rantau Panjang, Alwani Sofia Abdullah.

Ketua Puteri Umno Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin berkata ada pihak merasakan tiada kepentingan yang diperolehi mereka mempertikai jawatan yang disandang dengan alasan dangkal.

"Alasan umur dan status tidak menggambarkan keadaan sebenar mengenai isu yang berlaku kepada Ketua Puteri Umno Rantau Panjang.

"Bila mereka rasakan tiada kepentingan yang akan diperolehi, mereka mempertikai jawatan yang disandang dengan alasan-alasan yang dangkal," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan jawatan Yang di-Pertua Persatuan (YDP) Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah di Rantau Panjang yang disandang Alwani Sofia dipertikai kerana statusnya belum berkahwin.

Pilih lepas jawatan

Susulan itu, dia memilih untuk melepaskan jawatan itu walaupun hasratnya sebelum ini dihalang pihak pengurusan sekolah.

Sementara itu Marzuani Ardila berkata sepanjang tahun Alwani Sofia memegang jawatan YDP PIBG semasa kerajaan BN memerintah, tidak pernah timbul isu dan alasan tersebut.

Menurutnya, perkara itu dserahkan perkara ini kepada pihak pengurusan sekolah, PIBG dan pihak Pejabat Pelajaran Daerah yang akan memikirkan kewajarannya.

"Hakikatnya kehadiran Puteri Umno digeruni, mereka mencari seribu alasan atas dasar kepentingan politik. Puteri Umno tidak pernah gentar.

"Hadir dengan niat berkhidmat untuk rakyat. Tiada jawatan tidak semestinya kita perlu berhenti menabur bakti. Teruskan berjuang puteri-puteri Umno khususnya kepada Alwani Sofia," jelasnya.

Lihat Komen
ADS