Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Pakistan Imran Khan dan mereka bertukar-tukar pandangan berhubung isu memerangi rasuah.
Pejabat Perdana Menteri, dalam kenyataan hari ini berkata, dalam perbualan mereka pada 1.45 tengah hari (waktu tempatan), Imran Khan menyatakan hasrat untuk melawat Malaysia pada tarikh seawal mungkin.
"Dr Mahathir berkata beliau berbesar hati dan mengalu-alukan kunjungan beliau," kata kenyataan itu.
Imran Khan dipilih sebagai perdana menteri Pakistan yang baharu dalam pilihan raya kebangsaan republik itu pada 25 Julai.
- Bernama