Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
T'ganu larang guna beg plastik tahun depan - Exco
Diterbitkan:  Oct 18, 2018 11:00 PM
Dikemaskini: 3:02 PM

Kerajaan Terengganu akan melaksanakan larangan penggunaan beg plastik bermula tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak.

Katanya, sebagai permulaan larangan akan dibuat secara berperingkat dengan melibatkan semua pasaraya dan restoran, sebagai sokongan kepada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang mensasarkan sifar penggunaan beg plastik.

”Sekarang ini kerajaan negeri telah pun mengadakan kempen melarang menggunakan beg plastik melibatkan beberapa buah pasaraya dan tidak disediakan (beg plastik) pada setiap Sabtu. Jika mereka mahu juga beg plastik, mereka dikenakan bayaran sebanyak 20 sen,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Cakna Alam Sekitar sempena Hari Alam Sekitar Negara 2018, di Kuala Terengganu hari ini.

Alias berkata kerajaan negeri akan turut mengambil pendekatan mendidik masyarakat dan pada tahun depan sekiranya masih ada yang berdegil, mereka terpaksa membeli beg mesra alam yang dijual di pasaraya terbabit.

Sementara itu mengenai larangan merokok di tempat awam, Alias berkata, kerajaan negeri telah pun mengambil langkah awal sebelum ini dengan menggazetkan beberapa kawasan sebagai larangan merokok terutama di restoran dan taman awam seperti di Pantai Batu Burok.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan berlaku kelonggaran dalam penguatkuasaan hingga menyebabkan ianya masih berlaku namun memberi jaminan langkah lebih proaktif akan dilaksanakan dalam menanggani perkara itu termasuk mengenakan denda.

- Bernama

Lihat Komen
ADS