Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mimbar ingatkan anak muda pada 'jerat' kad kredit
Diterbitkan:  Oct 19, 2018 1:43 PM
Dikemaskini: 5:43 AM

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengingatkan umat Islam agar tidak terjerat dengan kemudahan hutang, seperti kad kredit.

"Berhutang ialah muamalat bagi memudahkan urusan kehidupan dan dibenarkan ketika wujud keperluan dan kepentingan.

"Islam tidak menggalakkan berhutang jika bertujuan untuk bersenang-lenang dan bermewah-mewah," menurut teks khutbah Jumaat.

Menurut mimbar, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Insolvensi mendapati golongan eksekutif muda antara yang terperangkap dalam pengisytiharan muflis kerana penggunaan kad kredit..

Selain itu, mimbar menggesa rakyat agar mengambil berat tentang pengurusan hutang dan bersegera melunaskannya.

"Contohnya hutang-hutang pinjaman pendidikan, perumahan, kenderaan, pinjaman daripada syarikat atau pinjaman peribadi dan tidak membayar sewa.

"Kita perlu sedar tentang pentingnya membayar hutang masing-masing, baik kepada negara, individu dan lain-lainnya demi menjaga kepentingan masyarakat, agama dan negara," kata mimbar lagi.

Lihat Komen
ADS