Gempa bumi 5.4 skala richter landa Irian Jaya
Diterbitkan: Oct 19, 2018 3:56 PM
Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter telah menggegarkan Irian Jaya, Indonesia pada pukul 1.55 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan media hari ini memaklumkan gegaran itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan jarak 201 kilometer barat dari Jayapura, Indonesia.
Gempa itu bagaimanapun tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.