Bomba bantu hospital Raub potong besi tusuk kaki kanak-kanak
Diterbitkan: Oct 19, 2018 4:48 PM | Dikemas kini: Oct 19, 2018 5:21 PM
Hospital Raub terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memotong besi sepanjang 0.5 meter yang tertusuk pada kaki kanan seorang kanak-kanak lelaki, dalam kejadian petang semalam.
Menurut Ketua Zon 3 JBPM Pahang Shahrulnizam Nasir, mereka dihubungi pihak hospital kira-kira 3 petang semalam.
“Anggota bomba menggunakan alat khas untuk memotong besi itu yang mengambil masa kira-kira lima minit,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata difahamkan mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Nurhan Haziq Mohd Zaidi, 8, tertusuk besi pada 12 tengah hari semalam semasa bermain dengan rakan.
- Bernama

