MOE tubuh badan baru ekoran episod gangguan seksual
Kementerian Pendidikan telah menubuhkan Jawatankuasa Integriti Akademik sebagai respons terhadap dakwaan gangguan seksual di Universiti Pertahanan Nasional (UPNM).
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata jawatankuasa baru itu adalah sebahagian daripada unit integriti dan akan menyiasat kes serupa pada masa akan datang.
Kementerian itu juga mengatakan walaupun pihak pengurusan universiti telah melakukan siasatan, ia akan menjalankan siasatan bebas melalui jawatankuasa yang dilantik.
Pada 10 Ogos, Malaysiakini melaporkan seorang pensyarah wanita membuat beberapa laporan polis terhadap seorang timbalan dekan di UPNM kerana dakwaan gangguan seksual.
Pengadu memberitahu polis bahawa timbalan dekan telah menghantar teks mesej "mengancam dan lucah" tetapi tiada tindakan diambil.
Malaysiakini telah menghubungi timbalan dekan itu yang menyangkal versi pengadu mengenai dakwaan itu, termasuk dakwaan bahawa naib canselor pada masa itu meminta pengadu menarik balik laporan polis itu.
Polis memberitahu Malaysiakini bahawa aduan itu disiasat tetapi kes itu akhirnya ditutup.
[Baca berita penuh]

