Paling Popular
Terkini

WAWANCARA | Gerakan lebih berani daripada MCA dalam membuat keputusan untuk meninggalkan BN demi kebaikan parti itu, kata bekas presiden MCA Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata MCA sepatutnya keluar BN pada 10 Mei, selepas pilihan raya umum ke-14 yang mengakibatkan pentadbiran BN kalah teruk.

"Gerakan lebih berani. Saya mesti mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Gerakan," katanya.

"BN hari ini bukan nama jenama politik yang kita rasa bangga (untuk bersekutu dengannya)," katanya dalam temu bual dengan Malaysiakini pada hari Khamis.

"Jika parti lain memutuskan untuk meninggalkan BN," katanya, " Saya tidak nampak sebab mengapa pemimpin MCA tidak boleh membuat keputusan semudah itu. Jika saya menjadi presiden, perkara pertama yang saya akan lakukan ialah meninggalkan BN," katanya.

"Saya tidak akan mengatakan perkara-perkara bodoh seperti 'saya akan memecat Umno' Ini adalah lulucuan politik terbesar pada 2018," katanya, merujuk kepada kata-kata penyandang Presiden MCA Liow Tiong Lai

Pada 23 Jun, Gerakan mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan BN dalam respons kepada tuntutan akar umbi. Setakat ini, sembilan parti telah meninggalkan BN.

Dilaporkan pada bulan Jun bahawa MCA akan mengumpulkan maklum balas akar umbi mengenai perkara itu dan Liow berkata parti itu tiak tergesa-gesa untuk memutuskannya.

Calon Presiden MCA Dr Wee Ka Siong berkata topik itu harus diputuskan oleh akar umbi semasa perhimpunan agung tahunan parti itu 4 Nov.

Seorang lagi calon untuk jawatan presiden, ketua bahagian Kluang, Gan Ping Sieu, yang berpendapat bahawa parti itu harus keluar BN, juga mencadangkan supaya referendum mengenai perkara itu diadakan.

Namun, Chua berkata tidak perlu memanggil referendum untuk membuat keputusan seperti itu.

Dia mempersoalkan sama ada kedua-dua Liow dan Wee (gambar) melihat peluang untuk menyertai semula Kabinet melalui pintu belakang dengan menyertai kerajaan perpaduan, yang terdiri daripada BN dan PAS, agar mereka boleh dijadikan menteri semula.

Chua percaya MCA boleh bertahan tanpa BN kerana MCA ditolak oleh pengundi Cina kerana rakyat benci jenama BN serta keangkuhan Umno dan penyalahgunaan kuasa.

"MCA harus bertanggungjawab (atas kekalahan dalam pilihan raya) kerana bersama dengan orang-orang yang 'abusive' dan sombong. Kita turut tercemar, " katanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS