Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kerajaan terus ulang hutang RM1 trilion demi agenda politik'
Diterbitkan:  Oct 20, 2018 6:13 PM
Dikemaskini: 10:22 AM

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan terus mendakwa negara kini menanggung hutang berjumlah RM1 trilion walaupun angka itu tidak benar.

"Istilah 'trilion' amat mudah difahami oleh orang ramai.

"Walaupun pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Kewangan, Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Bank Negara serta badan asing seperti Bank Dunia dan agensi penarafan antarabangsa tidak menyatakan hutang negara sebagai RM1 trilion," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, ia demi kepentingan politik kerajaan HARAPAN seperti untuk memburukkan pentadbiran BN dan sebagai alasan untuk menjual aset negara dan tidak memenuhi janji manifesto.

Alasan lain yang disenaraikan Najib dalam hantaran itu ialah:

  • Untuk mengurang atau menghapuskan program kebajikan untuk rakyat
  • Membatalkan projek di kawasan Parlimen pembangkang
  • Membuka semula tender projek untuk memberi peluang kepada pihak tertentu
  • Menaikkan cukai sedia ada atau memperkenal cukai baru dan meminta rakyat berkorban
  • Menuding jari kepada BN apabila keadaan ekonomi merosot

"Rakyat perlu tahu Bank Dunia baru-baru ini berkata hutang Malaysia bukan di tahap luar biasa tinggi dan laporan rasmi Rancangan Malaysia ke-11 dari EPU sendiri merumuskan negara masih diberi penarafan menggalakkan berdasarkan asas ekonomi yang kukuh," katanya lagi.

Semalam, beliau membangkitkan kajian separuh penggal RMK11 yang menunjukkan hutang negara berjumlah RM688 bilion mengikut tarif antarabangsa.

Menteri Kewangan lim Guan Eng sebelum ini pernah menjelaskan bahawa hutang rasmi kerajaan persekutuan sememangnya RM688 bilion.

Namun, katanya, angka RM1 trilion selepas mengambil kira jamninan kerajaan kepada pelbagai entiti yang berjumlah RM199.1 bilion dan pajakan untuk projek awam berjumlah RM201.4 bilion.

Lihat Komen
ADS