Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
BERSATU struktur semula parti - Setiausaha Agung
Diterbitkan:  Oct 20, 2018 9:33 PM
Dikemaskini: 1:35 PM

Penstrukturan semula pentadbiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang sedang giat dijalankan di beberapa negeri termasuk Johor adalah sebagai usaha memperkasakan parti, kata Setiausaha Agungnya Datuk Marzuki Yahya.

Beliau berkata usaha itu dilakukan demi kelangsungan parti untuk meneruskan perjuangan terutama dalam memperkasakan orang Melayu.

"Kami menghadapi masalah yang besar sebelum ini yang mana parti kami telah dibubarkan sementara sebelum pilihan raya umum lepas.

"Kesannya, kami menghadapi banyak masalah dalaman terutamanya masalah keahlian yang tercicir,” katanya kepada pemberita selepas sesi suai kenal bersama anggota BERSATU Johor, di Kulai, hari ini. ​​​​​​​Turut hadir Menteri Besar Datuk Osman Sapian.

Pada majlis itu, Marzuki turut mengumumkan pelantikan Osman sebagai Pengerusi BERSATU Johor dan Ketua BERSATU Bahagian Ayer Hitam.

Dalam pada itu, beliau berkata BERSATU baru sahaja menubuhkan jawatankuasa lembaga disiplin dan bermesyuarat pada minggu lepas untuk selesaikan masalah dalaman parti bagi memastikan perjalanan parti lancar.

- Bernama

Lihat Komen
ADS