Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tular gambar kotor, kedai sate tulang di Senawang diarah tutup
Diterbitkan:  Oct 22, 2018 10:08 AM
Dikemaskini: 2:32 AM

Seorang pengusaha sate tulang di Senawang, Negeri Sembilan diarah tutup kedai selepas didapati mengabaikan kebersihan.

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) mengarahkan penutupan itu dibuat selama dua minggu, lapor Sinar Harian.

Pengarahnya Dr Zainudin Mohd Ali berkata mereka membuat pemeriksaan mengejut ke tempat penyediaan sate tulang itu selepas tular maklumat dan gambar premis yang menjijikkan itu.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati pemilik premis telah melanggar Akta Makanan 1983 dan secara keseluruhan didapati tidak bersih.

"Selain itu pengusaha premis juga didapati telah melakukan beberapa kesalahan seperti pengendali makanan tiada suntikan tifoid, peralatan masakan yang kotor dan amalan penyediaan makanan yang tidak bersih.

"Premis itu diarah tutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Dalam tempoh dua minggu ditutup, kita akan membuat pemantauan," beliau dipetik sebagai berkata.

Gambar tular itu antaranya menunjukkan terlalu menjijikkan dengan lantai hitam dan dinding tempat pemprosesan yang kotor.

Bahan mentah pula kelihatan diletakkan atas laintai, tidak tersusun dan menggunakan bekas yang kotor.

Malah seekor kucing juga berada di kawasan pemprosesan itu

Lihat Komen
ADS