Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
RM10 bilion boleh dituntut semula dari kontraktor ECRL - Lim

Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini berkata Malaysia Rail Link Bhd boleh menuntut semula RM10.02 bilion daripada China Communications Construction Company Ltd (CCCC) jika kerajaan membuat keputusan muktamad membatalkan projek itu.

Anggota Parlimen Bagan itu berkata angka tersebut merupakan pembayaran pendahuluan yang dibuat oleh MRL kepada syarikat milik China.

"Perlu ditarik perhatian bahawa wang pendahuluan RM10.02 bilion boleh ditebus MRL sekiranya projek ditamatkan.

"Worse case scenario boleh dapat RM10.02 bilion daripada RM19.68 bilion yang telah dibayar (kepada CCCC setakat ini)," kata Lim ketika menjawab soalan Datuk Noh Omar (BN-Tanjong Karang).

Beliau menambah baki RM9.67 bilion yang tidak dapat dituntut telah dibayar untuk projek itu sehingga 15 Februari tahun ini.

Noh dalam soalannya bertanya perkembangan terkini mengenai perbincangan antara kerajaan Malaysia dan China berhubung projek ECRL yang ditangguhkan dan keseluruhan kos yang telah dibelanjakan oleh pemaju.

Mengenai perbincangan dua hala, Lim berkata empat mesyuarat telah diadakan sejak arahan penangguhan pada 3 Julai.

Selain MRL, beliau berkata pertemuan dengan CCCC dan agensi China lain juga melibatkan wakil-wakil dari kementerian yang berkaitan, serta Jabatan Peguam Negara dan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS