Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
7 ditahan kekecohan pemilihan PKR - Polis
Diterbitkan:  Oct 22, 2018 4:16 PM
Dikemaskini: 8:18 AM

PEMILIHAN PKR | Polis menahan tujuh lelaki selepas disyaki menimbulkan kekecohan semasa proses pemilihan PKR di Petaling Jaya dekat Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata pihaknya telah mengambil keterangan kesemua mereka berumur 18 hingga 55 tahun itu telah diambil keterangan dan dibebaskan dengan ikat jamin.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan kerana menipu dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan sebat serta denda," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan pemilihan PKR di beberapa cabang di Selangor kecoh berikutan dakwaan kehadiran ‘pengundi hantu’ selain pertembungan penyokong calon-calon bertanding sehingga menimbulkan ketegangan.

Tujuh daripada 22 cabang PKR Selangor mengadakan fasa kedua pemilihan di negeri itu.

Seramai 83,934 anggota layak mengundi membabitkan cabang Puchong dengan 17,748 pengundi, Gombak (9,921), Petaling Jaya Utara (6,136), Petaling Jaya Selatan (7,906), Kuala Langat (14,121), Klang (12,998) dan Selayang (15,104).

- Bernama

Lihat Komen
ADS