Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib bakal berdepan empat lagi pertuduhan
Diterbitkan:  Oct 23, 2018 11:12 AM
Dikemaskini: 3:14 AM

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka berdepan lebih banyak pertuduhan berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), minggu ini.

Menurut laporan akhbar, The New Straits Times yang metik sumber, beliau dijangka menjawab sekurang-kurangnya empat lagi pertuduhan, kali ini mengenai urusan 1MDB dengan International Petroleum Investment Co (IPIC).

Adalah difahamkan bahawa pendakwa akan menuduh Najib sebagai bertanggungjawab terhadap peranannya dalam penyelesaian hutang tahun lalu antara 1MDB dan firma pelaburan Abu Dhabi itu.

Najib adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB sehingga ia dibubarkan pada Mei 2016, apabila kementerian kewangan mengambil alih baki asetnya.

Beliau dijangka menghadapi pertuduhan yang berkaitan dengan pecah amanah jenayah.

Menurut sumber, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam siasatannya, sedang meneliti bagaimana kerajaan BN sebelum ini menyelesaikan hutang menggunakan wang negara dan siapa yang memberi kebenaran itu - yang didakwa "tanpa kelulusan kabinet ".

Lihat Komen
ADS