Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Muhyiddin: SOP baru polis sebelum mansuh 'akta zalim'

Prosedur operasi standard (SOP) baru akan diguna pakai buat sementara waktu oleh pihak polis sementara menunggu pemansuhan atau pindaan terhadap ‘undang-undang zalim’.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu bagi mengelak salah faham bahawa kerajaan bersikap zalim.

“Saya dah minta polis untuk sediakan satu SOP baru supaya orang tak salah faham.

“Sementara langkah meminda dilakukan, polis tak akan bertindak seolah-olah undang-undang ini akan tetap berjalan macam dahulu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum daripada ahli keluarga tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang menggesa kerajaan untuk memansuhkan undang-undang itu.

Muhyiddin turut berharap usaha bagi memansuhkan Sosma dan Akta Pencegahan Keganasan dapat dibuat pada November ini atau pada sesi Parlimen akan datang.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS