Polis enggan ulas kaitan kes ketuk ketampi dengan pilihanraya kecil
Terjemahan Polis hari ini terus membisu berhubung persoalan mengapa identiti wanita yang diarah berbogel dan ketuk ketampi dalam lokap tidak didedahkan lebih awal, sebelum siasatan dijalankan oleh badan siasatan bebas.
Terjemahan Polis hari ini terus membisu berhubung persoalan mengapa identiti wanita yang diarah berbogel dan ketuk ketampi dalam lokap tidak didedahkan lebih awal, sebelum siasatan dijalankan oleh badan siasatan bebas.
Siasatan polis itu selesai pada 28 November lalu tetapi tidak didedahkan kepada umum serta merta.
Siasatan oleh badan bebas yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamaed Dzaiddin Abdullah kemudiannya mendapati mangsa berkenaan adalah wanita Melayu tempatan, bukan warga China seperti yang disangka sebelumnya.
Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang mendakwa tindakan polis tidak mendedahkan identiti wanita berkenaan ada kaitan dengan kempen pilihanraya kecil Pengkalan Pasir yang sedang berlangsung ketika itu.
Menurut beliau, pihak-pihak tertentu bimbang jika identiti wanita tersebut diumumkan ketika itu, ia akan menjejaskan peluang Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Musa Hassan yang ditanya berhubung dakwaan Kit Siang itu bagaimanapun enggan mengulas.
"Saya tidak boleh komen mengenai perkara ini. Kita perlu menunggu laporan badan penyiasat bebas dahulu, " katanya ketiika dihubungi.
Sebelum ini Kit Siang juga menyatakan misi Menteri Dalam Negeri, Datuk Azmi Khalid ke China akan menjadi lebih mudah jika pihak polis berkongsi maklumat dan hasil siasatan berkenaan.
Laporan media
Dalam perkembangan lain, Bernama melaporkan Menteri Pelancongan, Datuk Dr. Leo Michael Toyad menyalahkan laporan media sebagai penyebab merosotnya kedatangan pelancong China ke negara ini.
Bercakap di Dewan Negara, Toyad berkata, keghairahan media melaporkan beberapa insiden buruk membabitkan warga China menyebabkan para pelancong negara itu menjauhi negara ini sekarang.
Menurut Toyad antara insiden berkenaan ialah layanan buruk terhadap pelancong China di Genting Highlands serta kes ragut dan pembunuhan seorang pelajar China di sini tidak lama dulu.

