Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pelajar didakwa plagiat layak dapat ijazah - UPNM
Diterbitkan:  Oct 25, 2018 12:02 PM
Dikemaskini: 4:02 AM

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mempertahankan pelajarnya yang didakwa terlibat dalam amalan plagiarisme layak mendapatkan ijazah.

“Dakwaan plagiat pelajar sarjana muda pengajian strategi UPNM telah disiasat dengan telus oleh pihak UPNM dan tindakan telah diambil berdasarkan polisi dan prosedur yang ditetapkan.

“Hasil siasatan mendapati pelajar ini telah memenuhi piawaian akademik ditetapkan oleh senat UPNM untuk bergraduat,” kata pegawai penerangan universiti Ahmad Ridad A Rashid.

Panel universiti sebelum ini dilaporkan mendapati ada seorang pelajar perempuan meniru artikel BBC untuk satu tugasan.

Pelajar itu bagaimanapun didakwa dibenarkan bergraduasi selepas satu panel baru ditubuhkan dan memberi markah A- untuk tugasan tersebut.

Dalam kenyataan kepada Malaysiakini itu juga, Ahmad Rifad berkata siasatan telah dibuat secara menyeluruh dan adil :agar tiada pihak teraniaya”.

“Suka untuk ditekankan bahawa UPNM sentiasa melaksanakan tindakannya berteraskan kepada prinsip good governance dan standard akademik yang tinggi bagi memastikan universiti sentiasa berada pada landasan yang betul, sekali gus melahirkan mahasiswa dan penyelidik yang berkualiti dan berintegriti,” katanya.

Ahmad Rifad berkata dakwaan itu juga telah disebut dalam kes guaman sivil di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan boleh dicapai orang awam.

Beliau juga berkata sentiasa menjadi moto universiti “Kewajipan, Maruah dan Integriti” sebagai pedoman membentuk sumber manusia dan menguruskan universiti.

Lihat Komen
ADS