China, Jepun mahu jalin hubungan rapat melalui 'titik perubahan bersejarah'
GLOBAL China dan Jepun pada hari Jumaat berikrar untuk menjalin hubungan rapat ketika kedua-dua negara berdiri bersama melalui 'titik perubahan bersejarah', dengan menandatangani perjanjian termasuk perjanjian pertukaran matawang AS30 bilion, di tengah-tengah ketegangan perdagangan yang semakin tegang dengan Washington.
Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan Perdana Menteri China Li Keqiang juga bersetuju untuk bekerjasama ke arah kebebasan senjata nuklear di Semenanjung Korea.

Perjanjian itu telah dicapai semasa lawatan tiga hari Abe ke Beijing ketika dua negara berjiran itu berusaha mewujudkan kerjasama dan mencari jalan untuk mempromosi kepercayaan yang lemah sejak hubungan diplomaik disambung pada 1972.
Perdana Menteri China Li Keqiang berkata 500 urusniaga bernilai AS$ 18 bilion telah ditandatangani antara syarikat China dan Jepun semasa lawatan tersebut, yang mencerminkan "prospek yang cerah" untuk kedua-dua negara bekerjasama.

"Dari persaingan untuk kewujudan bersama, hubungan dua hala Jepun dan China telah memasuki fasa baru. Bekerjasama dengan PM Li, saya ingin mempertingkatkan lagi hubungan kita," kata Abe kepada pemberita selepas pertemuan mereka pada pagi Jumaat.
Kedua-dua negara adalah jiran dan rakan kongsi, dan tidak akan menjadi ancaman terhadap satu sama lain, kata Abe selepas bertemu Presiden Xi Jinping pada hari Jumaat.
"Dengan Presiden Xi Jinping, saya ingin mengukir satu era baru China dan Jepun," kata Abe.
- Reuters

