PEMILIHAN PKR | Anggota parlimen tiga penggal Sungai Petani Datuk Johari Abdul dilaporkan berada di tempat tercorot dalam saingan bagi merebut jawatan ketua cabang PKR.

Menurut keputusan tidak rasmi, penyandang jawatan ketua cabang PKR Sungai Petani Robert Ling mengekalkan kedudukannya dengan 525 undi, sementara seorang lagi pencabar, Ragunathan memperoleh 430 undi. Johari dikatakan berada di tempat terakhir dengan 410 undi.

Johari, yang dikaitkan dengan kem Rafizi Ramli, dilihat menghadapi kesukaran untuk mendapatkan undi bagi pasukannya di Kedah.

Di peringkat pusat, cabang Sungai Petani memberi sokongan yang ketara kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan mendapat 912 undi berbanding Rafizi dalam saingan jawatan timbalan presiden PKR.

Semalam, fasa pertama pengundian di Kedah, Azmin menang enam daripada 10 cabang dengan 1,148 undi berbanding Rafizi yang mendapat 1,031 undi.

Keputusan bagi fasa kedua pemilihan di Kedah ketika ini sedang masuk.

[Baca berita penuh]