Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Serpihan pesawat Lion Air ditemukan, 188 dikhuatir terbunuh
Diterbitkan:  Oct 29, 2018 11:14 AM
Dikemaskini: 4:21 AM

GLOBAL l Sebuah pesawat penerbangan Lion Air dari Jakarta dengan 188 penumpang termasuk anak kapal dilaporkan terbunuh apabila kapal terbang itu terjunam ketika menuju ke pekan Pangkal Pinang di pulau Sumatra.

Seorang jurucakap agensi mencari dan menyelamat Indonesia berkata, penerbangan Lion Air, JT610 itu terputus hubungan kira-kira 13 minit selepas berlepas. sebuah kapal tunda yang berlepas meninggalkan pelabuhan di ibu negara itu melihat ia terjunam.

"Adalah disahkan bahawa ia telah terhempas," kata Yusuf Latif, jurucakap agensi itu, melalui mesej teks ketika ditanya mengenai nasib pesawat Lion Air berkenaan.

Serpihan pesawat itu ditemukan oleh kapal milik syarikat petroleum Indonesia, Pertamina Hulu Energi.

Antara barang-barang ditemukan termasuk jeket kesemalatan dan beberapa barang peribadi penumpang, seperti telefon bimbit.

Turut ditemukan adalah kerusi kapal terbang.

“Kami masih tidak tahu sama ada terdapat mangsa yang terselamat, kami berharap dan berdoa namun kami tidak boleh mengesahkannya,” kata ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia, Muhmmad Syagi.

Pesawat itu adalah jenis Boeing 737 MAX 8, menurut perkhidmatan pengesanan pesawat Flightradar 24.

Penerbangan JT610 berlepas kira-kira pukul 6.20 pagi dan dijangka mendarat di pekan Bangka-Belitung pada kira-kira 7.20 pagi.

- Reuters

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS