Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Umno akui ramai wakil rakyatnya dilamar sertai BERSATU
Diterbitkan:  Oct 29, 2018 1:50 PM
Dikemaskini: 5:51 AM

Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa mengakui memang terdapat dalam kalangan ahli parlimen dari parti itu yang dilamar untuk menyertai BERSATU.

“Ada pihak yang memikirkan untuk memperkuatkan BERSATU, memang ada ahli parlimen Umno yang dilamar dan panggil untuk berunding, yang tidak panggil tetapi pergi juga ada.

“Kita bukan tidak mempertimbankan perkara itu kerana kita faham BERSATU terlalu lemah dengan hanya ada 13 kerusi dan parti itu juga boleh tidak stabil.

“Tapi Umno juga ada tanggungjawab yang lebih besar misalnya kita dipilih sebagai wakil rakyat kita menang dengan logo BN selain tanggungjawab kepada rakyat dan di akhirat kelak,” katanya yang dipetik oleh portal Utusan Malaysia.

Sebelum ini, laporan Malaysiakini memetik Anggota Majlis Tertinggi BERSATU, Datuk A Kadir Jasin A Kadir sebagai berkata Datuk Seri Mustapa Mohamed bukanlah anggota parlimen terakhir dari Umno yang akan menyertai BERSATU.

Kata bekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd itu beliau mendengar khabar angin ada sehingga 40 anggota parlimen Umno akan bertindak seperti Mustapa.

"Dan mungkin sebahagian dari mereka akan menyertai BERSATU," katanya.

Untuk rekod sebelum Mustapa meninggalkan Umno beberapa anggota parlimen parti itu sudah terlebih dulu bertindak demikian.

Antaranya ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Bahan Serai).

Bekas menteri kanan Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis) pula mengumumkan langkahnya meninggalkan Umno kurang dari 24 selepas Mustapa berbuat demikian.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS