Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PARLIMEN | Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen (PAC) menangguhkan sesi pertama prosidingnya mengenai skandal 1MDB semalam bagi mengelakkan sebarang subjudis dalam perbicaraan jenayah yang sedang berjalan melibatkan syarikat pelaburan negara itu.

Istilah undnag-undang subjudis bermaksud ia sedang dipertimbangkan oleh mahkamah dan oleh itu tidak boleh diperkatakan khalayak ramai.

PAC membuat keputusan itu selepas menerima sepucuk surat Pejabat Peguam Negara (AGC) Jumaat lalu, kata sumber kepada Malaysiakini.

"AGC menasihatkan kami untuk menangguhkan prosiding kami dan juga membangkitkan kebimbangan bahawa prosiding kami boleh menjejaskan perbicaraan jenayah yang sedang berlangsung yang turut melibatkan 1MDB," kata sumber itu.

Malaysiakini telah cuba menghubungi anggota PAC untuk mengesahkan sebab-sebab prosiding itu ditunda.

Bebas daripada pendengaran mahkamah

Sumber berpendapat bahawa prosiding atau sidang badan perundangan tentang apa-apa perkara harus bebas dari pendengaran mahkamah.

"Ada di antara kami merasakan PAC masih boleh meneruskan prosiding 1MDB tetapi kami memutuskan untuk menangguhkannya.

"Bagaimanapun, kami akan bertemu dengan peguam negara Tommy Thomas minggu ini untuk menjelaskan status undang-undang proses PAC ke 1MDB," tambah sumber itu.

Semalam, PAC menangguhkan prosiding siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang ke satu tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian.

Keputusan berkenaan diumumkan oleh Pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam satu kenyataan semalam.

Ronald sebelum ini dilapor berkata Ambrin yang dinamakan sebagai salah seorang saksi bagi siasatan semula 1MDB, merupakan Ketua Audit Negara ketika Jabatan Audit Negara melaksanakan pengauditan  syarikat pelaburan strategik negara itu.

Menurutnya, Ambrin yang sepatutnya memberi keterangan pada prosiding pertama siasatan semula 1MDB itu hari ini, telah membentangkan laporannya sebelum ini pada Mac tahun 2016 kepada PAC, dalam persidangan Parlimen  penggal ke-13.

PAC juga turut menangguhkan satu lagi prosiding iaitu mengenai tuntutan tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion membabitkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang dijadualkan berlangsung hari ini ditunda ke 14 November ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS