Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kenapa tak buat hukuman mati di khalayak ramai ? - Bekas hakim

Hukuman mati tidak dapat menyekat jenayah kerana pelaksanaannya diselubungi kerahsiaan, kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mah Weng Kwai.

Bercakap dalam forum mengenai penghapusan hukuman mati, beliau berkata orang ramai tidak boleh membuat keputusan tepat yang akan menghalang mereka daripada melakukan jenayah apabila mereka tidak mempunyai maklumat mengenai hukuman itu.

"Mengapa pelaksanaan hukuman gantung sampai mati tidak dilakukan di khalayak ramai? Kenapa hukuman mati disembunyikan dalam kerahsiaan? Untuk menjadi penghalang (jenayah) yang berkesan, bukankah (lebih baik) dilakukan di khalayak ramai dan diumumkan?"

"Kenapa saya bertanya soalan mengenai publisiti dan sebagainya? Bagi mereka yang menyokong hukuman mati, jika anda ditanya adakah anda ingin melihat hukuman gantung sampai mati dijalankan di khalayak ramai di Dataran Merdeka, apakah jawapan anda?

"Saya yakin ada yang mengatakan bahawa ia sangat tidak bertamadun, tidak berperikemanusiaan, persoalan tentang hak asasi manusia dan sebagainya.

Amalan dwistandard

"Tetapi pada masa yang sama, orang yang sama juga turut mengatakan bahawa kita mesti mempunyai hukuman mati untuk menghukum mereka yang melakukan pembunuhan, tetapi laksanakan hukuman itu di penjara di mana tiada siapa yang dapat melihatnya.

"Bukankah kita mengamalkan dwistandard?" kata Mah sambil menjelaskan bahawa laporan berita mengenai pelaksanaan hukuman gantung sampai mati juga jarang-jarang diterbitkan.

Mah, yang juga pesuruhjaya hak asasi manusia Suhakam, berkata demikian semasa bercakap di hadapan 100 hadirin pada suatu forum berjudul 'Death Penalty - Is It a Deterrent?' di Kuala Lumpur malam tadi.

Menurut Mah di bawah undang-undang Malaysia terdapat 14 jenis kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, manakala 14 lagi kesalahan boleh disabitkan hukuman mati berdasarkan budi bicara mahkamah.

Forum tersebut membincangkan rancangan kerajaan Pakatan Harapan memansuhkan hukuman mati yang menjadi sebahagian manifesto PRU14 gabungan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS