Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Speaker tetapkan menteri, timb menteri hadir soal jawab parlimen

PARLIMEN | Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menetapkan agar menteri atau timbalan menteri hadir pada sesi soal jawab di parlimen.

"Peraturan Mesyuarat 21 tetapkan pertanyaan hendaklah dijawab oleh menteri dan timbalan menteri yang bertanggungjawab dengan hal-hal jawatan urusan, mereka perlu hadir bagi menjawab pertanyaan yang dikemukakan," katanya.

Ketetapan itu dibuat selepas Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) pada 25 Okt lalu tidak berpuas hati apabila soalan yang diajukan kepada Kementerian Dalam Negeri dijawab oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohd Radzi Md Jidin.

Ia susulan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Datuk Mohd Azis Jamman tidak hadir.

Dalam sidang medianya, Wee berkata perkara itu tidak seharusnya berlaku dan beliau akan meminta speaker Dewan Rakyat membuat peraturan berhubung ketidakhadiran wakil rakyat.

"Saya faham ada menteri yang tidak sihat, namun timbalan mereka sekurang-kurangnya hadir untuk menjawab soalan. Apa yang jadi tadi adalah mengejutkan dan menyedihkan," kata Wee.

Lihat Komen
ADS