Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sivarasa, Ku Nan cari penyelesaian saman isu ceramah di masjid

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa Rasiah dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sedang mencari penyelesaian terhadap saman yang difailkan oleh ahli parlimen PKR itu sebelum tarikh perbicaraan bulan depan.

Ini didedahkan oleh peguam Sivarasa, Latheefa Koya kepada pemberita selepas pengurusan kes hari ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

"Mudah-mudahan kami akan menyelesaikannya dengan tarikh perbicaraan berikutnya pada 11 Nov kerana kedua-dua pihak mahu menyelesaikannya," katanya.

Tengku Adnan diwakili peguam SS Ruban.

Adalah dilaporkan bahawa Sivarasa memfailkan saman itu pada 13 Jun tahun lalu, berikutan tuduhan Tengku Adnan bahawa beliau memberi ceramah politik semasa melawat Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang, Selangor pada bulan Mei.

Sivarasa mendakwa kenyataan Tengku Adnan itu dibuat dengan niat jahat kerana berceramah politik semasa membuat lawatan ke masjid, adalah suatu perbuatan yang dilarang di Selangor.

Lawatan Sivarasa ke masjid itu kemudiannya menimbulkan kekecohan dan mencetuskan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau seterusnya terpaksa memohon maaf kepada Sultan Selangor di dalam surat yang menerangkan apa yang sebenarnya berlaku semasa program tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS