Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K'tangan awam Johor diingat tak bergiat terang-terangan dalam politik
Diterbitkan:  Oct 31, 2018 7:24 AM
Dikemaskini: 11:29 PM

Kakitangan kerajaan negeri ini diingatkan agar tidak bergiat aktif secara terang-terangan dalam politik atau bakal berdepan dengan tindakan tegas.

Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian yang memberi amaran sedemikian berkata larangan untuk tidak bergiat aktif secara terang-terangan itu terkandung dalam garis panduan penjawat awam.

“Maksud saya terang-terang itu ialah kalau dia hendak menyokong, boleh sokong tetapi kalau sehingga memegang jawatan dan menggunakan kedudukannya sebagai platform berkempen kerana menang jawatan, itu tidak boleh melainkan mendapat kelulusan khas daripada ketua perkhidmatan.

Sebagai kakitangan kerajaan, mereka perlu setia dengan kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat, bukan kepada individu tetapi kepada suara dan kuasa rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri program Perjumpaan Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Dewan Raya, Taman Bukit Indah, di sini hari ini.

-- LAGI

OSMAN-KEMAS 2 (AKHIR) JOHOR BAHRU

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar negeri Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Kemas negeri Taufik Mohd Yusof.

Menurut Osman, ramai mereka yang menyokong kerajaan terdahulu telah pun diberikan kata dua sama ada untuk berhenti secara sukarela atau kekal bersama kerajaan.

“Untuk kita, kita tidak ada masalah. Kalau mereka rasa lebih selesa begitu menyokong kerajaan lama, terpulang pada mereka,” katanya.

Sementara itu, Taufik berkata berdasarkan rekod pihaknya, terdapat 179 daripada 1,650 kakitangan jabatan itu memegang jawatan dalam parti politik, sebelum ini.

"Daripada jumlah itu, lima kakitangan mengambil keputusan berhenti berkhidmat dengan Kemas kerana mahu memegang jawatan dalam parti politik, manakala selebihnya melepaskan jawatan disandang dalam parti demi Kemas,” katanya.

-- BERNAMA
 

Lihat Komen
ADS