GLOBAL Adakah cukai dan larangan iklan makanan yang tidak sihat, lebih berkesan dalam usaha menangani krisis obesiti global yang sedang berlaku?

Seramai 200 ahli parlimen dari 80 buah negara berbelah bagi mengenai bagaimana hendak menangani peningkatan kos penjagaan kesihatan yang disebabkan oleh diet tidak sihat di sidang kemuncak pertama global menangani kelaparan dan kekurangan zat makanan yang berakhir di Madrid, Sepanyol, semalam.

"Pendidikan saja tidak cukup. Kita perlu menggunakan unang-undang," kata Guido Girardi, seorang senator Chile dan juga seorang doktor yang menggubal undang-undang penting pada tahun 2016 yang mewajibkan pelabelan yang komprehensif makanan yang tinggi gula, garam, lemak tepu, dan kalori.

Produk tidak sihat juga tidak boleh diiklankan di televisyen Chile atau internet, atau menggunakan mainan, kartun atau pelekat untuk menggalakkan kanak-kanak memakannya, kata Girardi.

Penyokong memuji undang-undang itu, tetapi pengkritik mengatakan ia mengangggu pilihan pengguna, dalam 'perang' ketika kerajaan berusaha memperbaiki tabiat makan rakyat dan pada masa yang sama berdepan dengan bantahan pengusaha makanan dan minuman.

Seorang daripada sembilan orang di seluruh dunia menjadi lapar setiap malam, manakala seorang daripda lapan orang dewasa mengalami obesiti, demikian smenurut angka terbaru dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

'Obesiti global'

Jose Graziano da Silva, ketua pengarah Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO) memberi amaran mengenai "obesiti global" yang memberi kesan terhadap negara kaya dan miskin di majlis perasmian sidang kemuncak itu pada hari Isnin.

"Jika kita tidak menemui cara yang konkrit untuk menghentikan peningkatan berterusan ini,maka bilangan orang yang menghadapi obsesiti akan semakin seramai bilangan mereka yang lapar," katanya.

Lebih daripada sedozen kerajaan telah mengenakan cukai gula dan makanan bergula serta makanan yang tinggi gula dan lemak.

Tetapi Paolo De Castro, bekas menteri pertanian Itali dan ahli parlimen Eropah, berkata makanan pengkodan warna mengikut kandungan nutrisi adalah "satu kesilapan".

"Makanan yang baik, makanan yang tidak elok, tidak wujud. Ia bergantung kepada berapa banyak yang anda makan," kata De Castro kepada Yayasan Thomson Reuters.

"Kita perlu memberi pendidikan kepada rakyat. Kita tidak perlu untuk (menyelia) pilihan. Ini pada  saya, adalah benar-benar salah."

Dia merujuk kepada skim sekolah Kesatuan Eropah, yang memberi murid-murid buah, sayur-sayuran dan susu sambil mengajar mereka tentang pemakanan, boleh jadui salah satu jalan penyelesaiannya.

Tetapi Xochitl Galvez Ruiz, seorang senator di Mexico - salah sebuah negara yang mempunyai kadar diabetes tertinggi di dunia - berkata dia akan terus menyokong dasar pelabelan makanan sepertimana di Chile.

"Kami telah melakukannya sebelum ini dengan mengenakan cukai minuman manis dan mendapati ia berkesan," kata Ruiz.

[Baca berita penuh]

- Reuters