Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Kerjasama dengan China hantar wanita ke angkasa 2030'
Diterbitkan:  Oct 31, 2018 10:34 AM
Dikemaskini: 2:34 AM



Angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menyarankan kerajaan bekerjasama dengan China dalam misi keduanya ke angkasa, lapor Sinar Harian.

Beliau juga mencadangkan angkasawan Malaysia yang berikutnya daripada golongan wanita.

"Mosti (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) mempunyai pelan tindakan untuk menghantar seorang lagi angkasawan tahun 2030.

"Kali ini kita kena lakukan sesuatu yang berbeza mungkin kita boleh menghantar seorang wanita yang mampu menjadi inspirasi kepada seluruh wanita di Malaysia.

"Saya berharap program itu selepas ini mempunyai objektif berbeza daripada apa yang saya lakukan. Tak guna kalau kita lakukan perkara yang sama dengan apa yang saya lakukan,” katanya, petik Sinar Harian.

Polisi Angkasa Negara 2030

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada Februari 2017 mengumumkan Agensi Angkasa Negara ditugaskan untuk merangka Polisi Angkasa Negara 2030.

Muszaphar yang dihantar ke angkasa pada 2007 menggesa kerajaan untuk bekerjasama dengan China untuk misi angkasa lepas yang seterusnya kerana republik itu adalah 'peneraju masa depan dalam penerokaan angkasa'.

"Saya sarankan kita pergi dengan China kerana sekarang China adalah ‘next frontier in space’. Saya merasakan kita mampu bekerjasama dengan China untuk hantar seorang lagi angkasawan.

"Hubungan saya baik dengan angkasawan-angkasawan daripada China khususnya angkasawan pertama dari China. Saya banyak mendapat jemputan dari China,” katanya.

Beliau berharap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan berupaya untuk membangunkan semula program angkasawan negara.

Lihat Komen
ADS