Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shafie: Kabinet Sabah luluskan empangan Papar
Diterbitkan:  Oct 31, 2018 10:44 AM
Dikemaskini: 2:44 AM

Kerajaan negeri Sabah akan meneruskan pembinaan empangan Papar walaupun mendapat bantahan terhadap projek itu.

Menurut laporan The Malaysian Insight (TMI) Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal mengesahkan keputusan tersebut diluluskan mesyuarat kabinet negeri atas sebab keperluan pertambahan penduduk Sabah dan industri pelancongan.

Lawatan pelancong akan terjejas sekiranya tiada bekalan air, jelas Shafie, dipetik TMI.

Hal ini telah dikomunikasikan kepada Menteri Air, Tanah, dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar yang telah mengadakan lawatan kerja ke negeri itu menjelang pembentangan Bajet 2019 pada Jumaat ini.

Berhubung kritikan projek empangan itu dijangka membelanjakan RM2 bilion, Shafie dipetik sebagai berkata bahawa beliau akan melibatkan pengkritik dan menjelaskan keadaan yang sebenar.

Kira-kira 500 penduduk sebelum ini membantah cadangan empangan itu, memberitahu portal berita Free Malaysia Today bahawa kerajaan tidak meminta maklum balas daripada penduduk sebelum mengumumkannya.

Pemimpin bantahan Michael Frederick berkata empangan baru itu "lebih buruk" daripada empangan Kaiduan yang diusulkan sebelumnya kerana akan memberi lebih banyak kesan terhadap kawasan penempatan dan memaksa penduduk untuk berpindah.

Menteri Pembangunan Infrastruktur kerajaan Sabah, Peter Anthony sebelum ini dipetik sebagai berkata bahawa projek itu akan menjejaskan 200 penduduk di kawasan kampung sekitar dan berjanji kerajaan negeri akan memberi pampasan kepada mereka.

Anthony menjangkakan sebaik sahaja siap, empangan itu dapat membekalkan 700 juta meter padu air dan memberi amaran masalah kekurangan bekalan air akan berlaku jika tidak dibina.

Lihat Komen
ADS