Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Himpunan Kita Lawan: Pendakwaan tarik balik kes Adam Adli

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan rayuan pihak pendakwaan terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim kerana terlibat dalam perhimpunan Kita Lawan tiga tahun lalu.

Hal ini susulan pihak pendakwaan menarik balik rayuannya terhadap perintah pembebasan daripada mahkamah majistret pada tahun lalu.

Timbalan Pendakwaraya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin memberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengenai penarikan balik rayuan berkenaan, manakala peguam Eric Paulsen yang mewakili Adam Adli tidak membantah permohonan itu.

"Memandangkan pihak pendakwaan tidak meneruskan prosiding rayuan, maka rayuan tersebut dibatalkan," kata hakim.

Adam Adli yang kini menyambung semula pengajiannya di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) berkata ini merupakan pertuduhan terhadapnya yang terakhir dan sekarang telah tamat.

Adam sedang menyiapkan kursus ijazah sarjana muda pendidikan TESL (Teaching English as Second Language).

Beliau menggesa pemansuhan undang-undang sedia ada yang bertentangan dengan hak asasi manusia termasuklah Akta Hasutan.

Adam pernah didakwa di bawah undang-undang itu tetapi Mahkamah Rayuan melepaskannya daripada pertuduhan tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS