Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Tok Pa istikharah hampir sebulan untuk sertai BERSATU

Anggota Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, langkah yang diambil untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bukan satu keputusan mudah dan tergesa-gesa.

Malah kata bekas ahli majlis tertinggi Umno itu, selain pandangan dan nasihat beliau juga melakukan solat istikharah selama hampir sebulan.

"Ya hampir sebulan istikharah dan solat hajat waktu malam, pukul 4 pagi. Ia bukan satu keputusan tergesa-gesa dan saya bersyukur kerana mengambil tindakan amat tepat," katanya pada sidang media pada waktu rehat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, Mustapa yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Lanas hadir ke sidang DUN selepas dua hari tidak menghadirkan diri.

Beliau menjadi wakil tunggal Pakatan Harapan (HARAPAN) di DUN Kelantan selepas menyertai BERSATU pada Jumaat lalu susulan gabungan itu gagal memenangi sebarang kerusi di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS