Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM siasat kes tanah RM2b: Pegawai Bank Negara bercuti
Diterbitkan:  Oct 31, 2018 11:39 AM
Dikemaskini: 3:39 AM

Empat pegawai Bank Negara Malaysia diarahkan bercuti memandangkan SPRM sedang menyiasat pembelian sebidang tanah kerajaan dengan harga RM2 bilion, menurut The Star Online.

Sebelum ini, Wall Street Journal melaporkan sebidang tanah seluas 22.5 hektar yang terletak di persimpangan bangunan Sasana Kijang Bank Negara di Kuala Lumpur telah dijual untuk menyuntik dana bagi menyelamatkan 1MDB.

Bank Negara juga didakwa membayar harga yang lebih bagi tanah berkenaan, suatu dakwaan yang dinafikan bank pusat itu.

Bank Negara membeli tanah itu pada 24 Januari tahun ini, seminggu selepas 27 Disember 2017, tarikh akhir untuk membayar sebahagian daripada hutangnya kepada syarikat pelaburan di Abu Dhabi.

Tanah itu dikatakan dibeli Bank Negara untuk digunakan sebagai tapak Global Islamic Finance University dan Akademi Kajian Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam.

Lihat Komen
ADS