Malaysiakini
BERITA

Peperiksaan bagi murid tahun 1, 2 dan 3 dimansuhkan mulai 2019

Diterbitkan
Dikemaskini 31 Okt 2018, 5:29 pagi

Kerajaan akan memansuhkan peperiksaan bagi murid Tahap 1 yang melibatkan pelajar tahun satu, dua dan tiga mulai tahun 2019.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam ciapannya di Twitter mengumumkan peperiksaan berkenaan akan digantikan dengan sistem pentaksiran yang lebih objektif .

“Peperiksaan bagi murid Tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) akan dimansuhkan dan akan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula 2019,” katanya.

 

 

 

Beliau walau bagaimanapun tidak menghuraikan kenyataannya itu.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.