Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bank Negara nilai semula pembelian tanah
Diterbitkan:  Oct 31, 2018 2:38 PM
Dikemaskini: 6:38 AM

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini berkata pada Ogos 2018 ia telah meminta diadakan satu penilaian semula pembelian tanah Lot 41 oleh penilai bebas.

“Penilaian tersebut masih berjalan. Bagi memastikan penilaian dalaman ini berjalan dengan lancar, beberapa pegawai BNM yang berkenaan telah memilih untuk bercuti sehingga penilaian selesai,” kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Jun tahun ini, bekas gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim meletak jawatan susulan pembelian tanah bernilai RM2 bilion itu.

Semasa beliau menjadi gabenor, pembelian tanah itu telah menarik perhatian umum kerana ia telah dilihat sebagai usaha untuk menampung pembayaran hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Susulan tanggapan negatif yang menyelubungi 1MDB, pembelian tanah itu dianggap sebagai dengan sengaja membantu dan bersubahat dalam penyalahgunaan dana awam.

- Bernama

Lihat Komen
ADS