Najib hadir pengurusan kes bagi 32 pertuduhan jenayah
Diterbitkan: Oct 31, 2018 3:33 PM
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumput pada pukul 2.40 petang bagi menghadiri pengurusan kes berhubung 32 dakwaan jenayah yang dihadapinya.
Memakai sut kelabu, Najib tiba menaiki Proton Perdana hitam ditemani beberapa pegawainya.
Beliau disambut kira-kira 30 penyokongnya, yang kebanyakannya memakai baju-T hitam yang tertera perkataan 'Rule Of Law-Hentikan Tahanan Politik', sambil melaungkan slogan 'hidup Najib'.
Antara penyokong Najib yang kelihatan adalah pelakon Ellie Suriatie dan bekas pegawai khas Najib, Hizatul Isham Abdul Jalil.
[Berita lanjut menyusul]
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.