Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Calon presiden MCA, Ngoo Teck Kiong hari ini dihalau dari lobi parlimen ketika sedang bercakap dengan media.

Ngoo dipercayai berada di lobi parlimen bagi mengadakan sidang media berhubung hasratnya berdepan dua lagi calon untuk merebut jawatan tertinggi MCA.

Sebelum membawa Ngoo keluar parlimen, pengawal keselamatan parlimen turut merampas pelakat bertulis “kembalikan maruah MCA”.

Menerusi sidang medianya Ngoo menyeru anggota MCA menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Gan Ping Sieu.

“Jangan undi Wee dan Gan sebab MCA akan hancur,” katanya yang juga ketua pemuda MCA Beruas kepada media.

Ngoo bagaimanapun mempersoalkan tindakan pegawal keselamatan sambil memaklumkan dia tidak mengetahui larangan itu.

Sementara itu pegawal keselamatan parlimen menjelaskan hanya anggota parlimen sahaja dibenarkan mengadakan sidang media di kawasan lobi.

“Dia melanggar peraturan membawa dan membuka pelakat di kawasan lobi.

“Kawasan lobi hanya ahli parlimen, menteri, timbalan menteri, speaker dan timbalan speaker dibenarkan melakukan sidang media di kawasan lobi,” katanya.

Pegawal keselamatan parlimen turut memberitahu Ngoo supaya membuat surat permohonan kepada Setiausaha Parlimen terlebih dahulu sekiranya ingin mengadakan sidang media di kawasan itu.

MCA akan mengadakan pemilihan parti pada 4 November ini.

Ia bakal menyaksikan persaingan sengit membabitkan pertembungan tiga penjuru antara Wee, Gan dan Ngoo.

Penyandang jawatan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu sebagai mengambil tanggungjawab atas kekalahan MCA dalam pilihan raya umum Ke-14 (PRU-14).

Lihat Komen
ADS