Lebih 60% ahli parlimen, anggota kerajaan belum isytihar harta
Diterbitkan: Nov 1, 2018 12:07 PM | Dikemas kini: Nov 1, 2018 1:06 PM
Lebih 60 peratus anggota parlimen dan ahli politik yang menganggotai pentadbiran kerajaan belum mengisytiharkan harta masing-masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut Portal Perishtiharan Harta SPRM setakat tengah hari ini, seramai 62.6 peratus (77 orang) anggota parlimen kerajaan belum berbuat demikian.
Sementara 37.4 peratus (46 orang) lagi telah mengisytiharkan harta masing-masing.
Bagi anggota pentadbiran pula, sebanyak 61.2 peratus (30 orang) belum mengisytiharkan harta berbanding 38.8 peratus (19 orang) yang telah berbuat demikian.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.