Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Fuzi: Keterangan Deepak tentang Najib, Rosmah sudah diambil

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiapkan siasatan mereka terhadap dakwaan yang mengaitkan Datuk Seri Najib serta isterinya terbabit dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya sudah mengambil kenyataan ahli perniagaan yang membuat dakwaan berkenaan, Deepak Jaikhishan.

"Dan sebaik siasatan dilengkapkan kertas siasatan akan dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya," kata beliau kepada media pada sidang media di Maktab PDRM di Cheras pagi ini.

Mohamad Fuzi sebelum itu merasmikan seminar antirasuah di pusat pendidikan berkenaan.

Tedahulu Deepak membuat dakwaan mengaitkan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam satu temu bual dengan stesen TV Al Jazeera baru-baru ini.

Peguam yang juga anggota parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh kemudian menggesa pihak berkuasa melihat kenyataan tersebut dan menjalankan siasatan.

Kata Mohamad Fuzi polis akan mengambil keterangan semua pihak yang berkenaan selepas berbuat demikian ke atas Deepak.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memberikan tarikh tepat bila siasatan tersebut akan disiapkan.

"Pertama, kalau kita nak temu bual dia, kita kena buat janji temu untuk mencari masa yang sesuai.

"Bagaimanapun polis akan cuba selesaikan siasatan secepat mungkin," katanya.

Tidak dapat dipastikan siapakah individu "dia" yang disebut Mohamad Fuzi, bagaimanapun dipercayai merujuk kepada Najib.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS