Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Baru: Saya 'terlebih' isytihar pendapatan RM108,056 sebulan

Menteri Kerja Raya, Baru Bian mendakwa berlaku kesilapan ketika mengisytiharkan pendapatan bulanannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyenaraikan anggota parlimen itu memperoleh pendapatan RM108,056 sebulan.

Ini menyebabkan pendapatan ahli politik dari Sarawak itu disenarai mengatasi Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Baru berkata beliau keliru apabila mengisytihar menerima dua elaun iaitu sebagai anggota Parlimen Selangau dan selaku menteri kerja raya.

Padahal katanya beliau hanya menerima elaun bagi jawatan menteri.

"Saya buat perisytiharan baru sekarang. Saya telah terlebih isytihar, saya isytiharkan elaun berganda.

"Saya tak dapat tewaskan Lim Guan Eng. Jumlah sebenar lebih rendah, sekitar RM78,000," katanya kepada Malaysiakini.

Pendapatan bulanan sebanyak RM78,000 meletakkan Baru di tempat kedua di kalangan anggota Parlimen Pakatan Harapan yang memperoleh pendapatan tertinggi.

Beliau berada di belakang Lim yang memperoleh pendapatan RM86,464.92 sebulan.

Lihat Komen
ADS