Juruterbang hantar 'radio alert' dari penerbangan sebelumnya
Juruterbang penerbangan Lion Air dari pulau Bali, menghantar 'radio alert' beberapa minit setelah berlepas kerana berdepan masalah teknikal, tetpai mereka dapat menanganinya dan meneruskan penerbangan ke Jakarta. Pesawat yang sama terhempas dalam penerbangan beberapa jam kemudian, mengorbankan 189 orang di dalamnya.
Herson, ketua pihak berkuasa lapangan terbang untuk kawasan Bali-Nusa Tenggara, memberitahu Reuters bahawa selepas menghantar 'alert' itu, juruterbang memklumkan menara kawalan yang pesawat itu sudah terbang seperti biasa dan dia tidak akan berpatah alik.
"Kapten sendiri cukup yakin untuk terbang ke Jakarta dari Denpasar," kata Herson, melalui telefon dari Bali.
Seorang juruterbang pesawat lain yang menuju untuk mendarat di Bali sejurus selepas jet Lion Air berlepas berkata, dia diarah supaya terbang mengelilingi lapangan tergang dan mendengar perbualan di radio antara juruterbang Lion Air dan petugas menara kawalan.
"Kerana panggilan pan-pan, kami diberitahu untuk menungu,mengelilingi lapangan terbang," kata juruterbang itu, yang tidak mahu dinamakan kerana tidak dibenarkan bercakap dengan media.
"Pesawat Lion Air itu meminta untuk berpatah galik ke Bali lima minit setelah berlepas, tetapi kemudian juruterbang berkata masalah telah ditangani dan dia akan terus ke Jakarta."
Juruterbang menggunakan 'Pan-Pan' panggilan untuk memaklumkan situasi kecemasan, satu langkah di bawah 'Mayday', yang menandakan kecemasan teruk.
Penerbangan Denpasar-Jakarta mendarat di lapangan terbang ibu negara Indonesia pada pukul 10:55 petang waktu tempatan pada hari Ahad.
Boeing 737 MAX jet yang sama berlepas pada pukul 6:20 pagi esoknya, ke pulau Bangka, di luar Sumatera, dan terhempas ke laut 13 minit kemudian. Sejurus sebelum nahas itu, juruterbang telah membuat permintaan untuk berpatah balik.
Jurucakap Lion Air enggan mengulas apabila ditanya menenai 'alert' semasa penergangan awal, dengan berkata siasatan sedang berjalan,
CEO syarikat penerbangan tambang murah itu, Edward Sirait, mengatakan pada awal minggu ini bahawa masalah teknikal telah berlaku semasa penergangan Denpasar-Jakarta, tetapi iatelah diatasi 'mengikut prosedur'.
Di tengah spekulasi media mengenai kelayakan pesawat itu, menteri pengangkutan menggantung pengarah teknikal Lion Air dan tiga pegawai lain pada hari Rabu untuk menbantu siasatan nahas itu.
Juruteknik yang digantung "mengeluarkan cadangan untuk penerbangan (akhir) itu," kata kementerian tersebut dalam kenyataan akhbar. Ia tidak mengatakan berapa ramai juruteknik telah digantung.

