Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah benar Streram pertimbang pinda saman terhadap SPR

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bersetuju membenarkan calon PKR di Rantau, Dr S Streram, masa untuk mempertimbangkan sama ada mahu meminda saman sivilnya sementara menunggu keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 22 Nov.

Ini didedahkan semasa pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Daryl Goon hari ini.

Berikutan itu, peguam yang mewakili Streram, Irzan Iswat, berkata, Goon kemudian menetapkan 4 Jan untuk pengurusan kes bagi semua pindaan yang mahu dilakukan dan bagi defendan, iaitu pegawai pengurus pilihan raya, Amino Agus Suyub dan Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk memfailkan pembelaan mereka.

Mahkamah juga menetapkan 1, 2,8 dan 9 Ogos tahun depan untuk perbicaraan.

September lalu, adalah dilaporkan bahawa Goon menolak permohonan membatalkan saman itu oleh Amino dan SPR, dan mengarahkan saman sivil itu untuk dibicarakan.

Streram pada 7 Mei lalu memfailkan aman misfeasans dalam jawatan pejabat awam sebanyak RM7.6 juta terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Amino Agos kerana menghalangnya bertanding.

treram mendakwa bahawa defendan gagal menunaikan tanggungjawab di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1958, yang mengakibatkan dirinya tidak dapat bertanding di kerusi negeri selepas memperoleh watikah pelantikan daripada partinya.

Susulan itu, Menteri Besar Sementara Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan memenangi kerusi Rantau tanpa bertanding.

Streram berkata beliau telah membayar deposit sebanyak RM5,000 untuk pendaftaran pencalonannya dan RM3,000 lagi untuk deposit bahan kempen pada 25 April.

Beliau mendakwa dirinya tidak dimaklumkan bahawa pas SPR diperlukan untuk tujuan memasuki pusat penamaan calon.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS