Cuti tanpa rekod 7 hari untuk ke umrah - Lim
Diterbitkan: Nov 2, 2018 5:07 PM | Dikemas kini: Nov 2, 2018 7:15 PM
BELANJAWAN 2019 l Kerajaan mengumumkan cuti tanpa rekod kepada pegawai kerajaan yang mahu menunaikan umrah.
Perkara sama dibenarkan untuk penganut agama lain yang mahu terlibat dalam acara keagamaan masing-masing.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam pembentangan Belanjawan 2019 yang dibentangkan di parlimen hari ini.

