BELANJAWAN 2019 | Belanjawan 2019 yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) dilihat tidak mempunyai pemotongan ketara dari segi belanjawan keseluruhan meskipun sebelum ini digambarkan akan ada pengorbanan atau pemotongan.

Kerajaan kali ini disasar membelanjakan RM314.55 bilion, tidak termasuk RM2 bilion dana luar jangka.

Jumlah itu adalah RM282.3 bilion lebih tinggi berbanding yang dibentangkan BN dalam belanjawan sebelum ini.

Bagaimanapun, belanjawan pengembangan akan menyaksikan kenaikan dalam defisit negara.

Defisit adalah pada kadar tiga peratus pada 2018 dan kerajaan BN sebelum ini menyasarkan untuk menurunkannya kepada 2.8 peratus.

Kini defisit dijangka meningkat kepada 3.7 peratus bagi 2018 ketika terdapat kekurangan penghasilan disebabkan tiga bulan pengecualian cukai ketika peralihan dari GST ke SST oleh HARAPAN sebelum ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata peningkatan defisit itu juga disebabkan oleh kegagalan kerajaan BN menangani hutang 1MDB dan pengambilalihan Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL)

Ini bererti negara akan tersasar sedikit daripada mencapai belanjawan berimbang yang sebelum ini disasar pada 2020.

Di bawah Belanjawan 2019, RM259.85 bilion (82.61 peratus) akan diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi (tidak termasuk dana luar jangka) sementara RM54.7 bilion (17.39 peratus) untuk perbelanjaan pembangunan.

Pada belanjawan sebelum ini, RM282.3 bilion (RM83.59 peratus) diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi sementara RM46 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan.

[Baca berita asal]