BELANJAWAN 2019 l Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang baru telah menggambarkan akan ada pengorbanan dalam Belanjawan 2019 tetapi ternyata tidak akan ada pengurangan besar dalam perbelanjaan keseluruhan.

Putrajaya bersedia untuk meningkatkan perbelanjaan dengan jumlah belanjawan RM314.55 bilion, tidak termasuk dana kontinjen sebanyak RM2 bilion.

Belanjawan ini lebih tinggi daripada RM282.3 bilion yang dibentangkan oleh kerajaan BN sebelum ini pada 2018.

Walau bagaimanapun, belanjawan pengembangan ini juga akan menyaksikan peningkatan dalam defisit negara.

Defisit itu berada pada tiga peratus pada 2018 dan kerajaan sebelumnya telah menyasarkan untuk mengurangkannya kepada 2.8 peratus.

Sasar defisit 3.4 peratus

Walau bagaimanapun, defisit dijangka meningkat kepada 3.7 peratus pada 2018 di tengah-tengah kekurangan pendapatan daripada tempoh tanpa cukai selama tiga bulan kerana pertukaran daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di bawah kerajaan baru.

Namun demikian, kerajaan HARAPAN akan cuba mengekangnya di bawah Belanjawan 2019, mensasarkan defisit 3.4 peratus pada 2019.

Ini bermakna negara masih jauh lagi daripada mencapai anggaran seimbang, yang sebelum ini disasarkan pada tahun 2020.

Di bawah Belanjawan 2019, RM259.85 bilion (82.61 peratus) akan diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi (tidak termasuk dana kontingensi) manakala RM54.7 bilion (17.39 peratus) akan dibelanjakan untuk perbelanjaan pembangunan.

[baca berita asal]