Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guan Eng: Pulangkan wang negara wahai 'penyangak'
Diterbitkan:  Nov 2, 2018 6:19 PM
Dikemaskini: 11:37 AM

BELANJAWAN 2019 | Pesanan kerajaan buat pihak yang terlibat dalam skandal 1MDB: pulangkan wang negara dan bersedia dihadapkan ke muka pengadilan.

Buat pihak yang menyokong mereka - yang digelar Lim Guan Eng sebagai penyangak - pula, menteri kewangan menasihati pihak terbabit memohon maaf kepada rakyat.

"Bagi penyanggak yang telah mencuri wang rakyat, pulangkanlah wang kepada negara dan bersedia dihadapkan ke muka pengadilan.

"Bagi mereka yang masih menyokong penyanggak ini, pohonlah maaf dan letak jawatan daripada pejabat awam," katanya.

Terdahulu menteri kewangan berkata walaupun wujud perbezaan di kalangan orang ramai rakyat Malaysia tetap istimewa.

Katanya tanpa mengira kaum, agama ataupun latar belakang yang berlainan semua pihak masih bersedia untuk bekerja sama dan saling mempercayai satu sama lain.

"Pilihan yang dibuat oleh rakyat sekali lagi telah terbukti betul apabila semalam, di Amerika Syarikat, dua bekas pegawai Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner dan Roger Ng, telah ditangkap dan didakwa oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

"Mereka adalah antara dalang dalam penerbitan bon 1MDB berjumlah AS$6.5 bilion atau RM26 bilion yang bersubahat dengan penyangak di Malaysia untuk menyelewengkan wang rakyat Malaysia.

"Berita yang lebih baik ialah Jho Low, watak utama dalam skandal ini telahpun didakwa (indicted in absentia) di Amerika Syarikat," katanya.

Lim menambah ketikai ini Malaysia sudah 'bersih' dan pelbagai pihak berbangga dengan keadaan itu.

"Kepada mereka yang tersesat di hujung, baliklah ke pangkal jalan. Amar makruf nahi mungkar.

"Marilah kita menuju ke hadapan dengan penuh harapan. Malaysia berwibawa, ekonomi dinamik, rakyat sejahtera," katanya.

 

Lihat Komen
ADS