Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelepasan cukai bagi syarikat bantu bayar hutang PTPTN pekerja
Diterbitkan:  Nov 2, 2018 6:55 PM
Dikemaskini: 11:35 AM

BELANJAWAN 2019 | Pada pembentangan Belanjawan 2019 hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan pelepasan cukai bagi tahun berakhir 2019 kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi National (PTPTN) pekerja mereka.

Langkah itu, jelas Lim adalah bagi memastikan PTPTN kekal mampan.

Selain itu, Lim juga mengumumkan pendekatan pembayaran balik dengan cara potongan gaji berjadual antara 2 peratus hingga 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam.

Jadual pembayaran balik itu, jelas Lim, bergantung kepada paras pendapatan peminjam dan terpakai kepada peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Sebelum ini, dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) k-14, antara janji Pakatan Harapan (HARAPAN) adalah menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4000 sebulan, selain memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.

Penangguhan bayaran dan pemansuhan senarai hitam itu kini sudah dilaksanakan.

Dalam ucapan pembentangannya, Lim juga mengumumkan bahawa penghapusan baki hutang kepada peminjam berusia 60 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan.

Bagaimanapun, penghapusan baki hutang menggunakan peruntukan RM4.3 juta itu hanya bagi 350 peminjam.

 

Lihat Komen
ADS